Malaysia
Polis kesan suspek pukul, tikam lelaki di pusat hiburan di Seremban

Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul dan ditikam dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Taman AST, Seremban awal pagi Ahad. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di hospital.
Polis sedang mengenal pasti pihak terbabit dan meneliti rakaman CCTV bagi mengesan identiti suspek serta punca kejadian.
Siasatan awal menganggarkan 10 hingga 12 individu terlibat, termasuk seorang yang menikam mangsa.
Video CCTV yang tular menunjukkan mangsa dikejar sekumpulan lelaki sebelum dipukul dengan objek seperti kerusi dan kotak. Mangsa dilihat cuba mendapatkan bantuan di kaunter hadapan bar tetapi dikepung dan diserang hingga rebah.




