Malaysia
Polis minta bantuan luar negara siasat ancaman terhadap isteri Rafizi

Polis telah mendapatkan bantuan rakan kerjasama luar negara bagi mengesan individu asing yang dipercayai memiliki nombor telefon digunakan untuk menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya yakin suspek akan dikenal pasti dalam masa terdekat. Minggu lalu, polis mengesahkan nombor telefon itu berdaftar atas nama individu asing.
Sementara itu, laporan analisis bahan kimia berkaitan serangan ke atas anak lelaki Rafizi, 12, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos masih menunggu keputusan.
Kanak-kanak itu dipercayai disuntik dengan cecair misteri oleh dua lelaki bermotosikal.




