Malaysia
Bau busuk di pusat beli-belah bawa kepada penemuan mayat di Kuching

Bau busuk mencurigakan di tempat letak kereta bertingkat sebuah pusat beli-belah di Kuching membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam kereta, Rabu.
Orang awam yang menyedari bau itu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum polis tiba dan menemui mayat berkenaan.
Punca kematian masih disiasat, dan maklumat lanjut sedang diperoleh daripada polis.




