Malaysia

Rafizi sindir Anwar isu sokongan Setiausaha Politik, “takkan tegur keras je?”

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyindir tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya memberikan teguran keras kepada Setiausaha Politik Kanannya berhubung surat sokongan projek hospital, sedangkan menurutnya individu itu sepatutnya dipecat terus.

Rafizi berkata kes sebegini bukan pertama kali dibangkitkan, malah aduan sebelum ini yang disahkan sendiri oleh Anwar tidak membawa sebarang tindakan tegas.

Beliau menegaskan isu surat sokongan wajar dirujuk kepada SPRM bagi memastikan tiada unsur habuan atau salah guna kuasa kerana tindakan sekadar menegur menunjukkan komitmen anti-rasuah kerajaan kurang meyakinkan, lebih-lebih lagi selepas tiga tahun mentadbir.

Rafizi turut mengaitkan statistik rasuah 2020–2025 yang menunjukkan penurunan kadar pertuduhan dan sabitan berbanding jumlah kertas siasatan, sekali gus menggambarkan jurang besar antara laungan antirasuah dan hasil sebenar.

Katanya, rakyat tidak boleh dipersalahkan jika semakin sinikal ketika kerajaan sering membicarakan soal membanteras rasuah tetapi gagal menunjukkan tindakan tegas, terutama dalam kes melibatkan pejabat Perdana Menteri sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker