Malaysia

Buat onar di klinik kesihatan, wanita 20-an sudahnya ke Hospital Bahagia

Seorang wanita tempatan berusia 20-an yang mencetuskan kekecohan di sebuah klinik kesihatan di Gombak semalam didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pagi ini, sebelum diperintahkan menjalani penilaian di Hospital Bahagia.

Insiden berlaku ketika wanita itu hadir bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan, namun secara tiba-tiba bertindak agresif.

Dia memarahi kakitangan, memaki pesakit lain, meludah serta berdiri di atas kerusi sambil terus menghamburkan kata-kata kesat, sehingga mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

Kakitangan klinik membuat laporan polis pada jam 12.25 tengah hari, dan wanita itu ditahan pada hari yang sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mahkamah menetapkan 19 Disember sebagai tarikh sebutan kes, sementara tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia untuk penilaian lanjut. Sebelum ini, video kejadian turut tular di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker