Dunia

Rasa terancam, menteri Israel geda Yahudi tinggalkan New York susulan kemenangan Mamdani

Beberapa menteri Israel menyuarakan kebimbangan dan rasa terancam susulan kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York.

Malah terdapat juga gesaan supaya komuniti Yahudi di bandar itu berhijrah ke Israel.

Menteri Hal Ehwal Diaspora, Amichai Chikli, menyifatkan kemenangan Mamdani sebagai titik perubahan kritikal yang menandakan berakhirnya dominasi politik pro-Israel di bandar yang menjadi kubu kuat komuniti Yahudi sejak abad ke-19.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, turut mengecam Mamdani yang didakwa pro-Hamas dan anti-Israel, manakala Duta Israel ke PBB, Danny Danon, mendakwa kemenangan itu boleh menjejaskan keselamatan komuniti Yahudi di New York.

Mamdani pernah berikrar untuk menahan Benjamin Netanyahu sekiranya pemimpin itu melawat New York, selaras dengan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker