Malaysia

Rayuan akhir gagal, Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, selepas menolak rayuan akhirnya berhubung sabitan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Rayuan Siti Bainun, 33, termasuk permohonan mengemukakan bukti baharu melalui laporan polis berkaitan kredibiliti saksi pendakwaan turut ditolak.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didapati mengabai dan menganiaya Bella yang ketika itu berusia 13 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

Hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh sabitan selain diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam selepas tamat tempoh hukuman.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker