Malaysia

Remaja bawah 16 tahun dihadkan guna media sosial seawal Julai

Remaja bawah 16 tahun dijangka dihadkan daripada menggunakan media sosial seawal Julai ini sebagai langkah melindungi golongan muda daripada eksploitasi dan kandungan tidak sesuai dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memaklumkan pelaksanaan itu kini dalam fasa ‘regulatory sandbox’ bagi menguji kaedah terbaik, khususnya melibatkan pengesahan umur pengguna, selaras Akta Keselamatan Dalam Talian.

Kerajaan turut menyasarkan platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti digital menjelang pertengahan tahun bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun.

Dalam perkembangan lain, kerajaan memperuntukkan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan tahun ini yang memanfaatkan kira-kira 5.2 juta murid seluruh negara, termasuk lebih 586,000 murid di Johor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker