Malaysia

Rumah ‘baru’ mangsa letupan gas Putra Heights siap dibina semula, dengan kos RM4.85 juta 

Sebanyak 18 keluarga mangsa insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights pada 1 April lalu kini kembali memiliki kediaman selepas rumah mereka siap dibina semula sepenuhnya.

Majlis penyerahan kunci hari ini disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di lokasi projek.

Projek pemulihan itu dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan peruntukan RM4.85 juta. Pembinaan bermula pada 3 Jun lalu susulan surat lantikan rasmi yang dikeluarkan pada 7 Mei.

Kor Ming turut menzahirkan penghargaan kepada SPNB atas pelaksanaan projek yang disifatkan lancar dan menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan mangsa sentiasa diberi keutamaan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker