Malaysia
Rumah tangga Faisal Halim kembali bahagia

Kehidupan rumah tangga pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim kembali disinari kebahagiaan selepas beliau berkongsi gambar mesra bersama keluarga di laman sosial.
Perkongsian di InstaStory pagi tadi memaparkan Faisal bersama isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahri, dan anak mereka, Khalish Aryan.
Hantaran itu turut dimuat naik semula oleh Nur Syazwani dengan nota penuh pengharapan terhadap perkahwinan mereka.
Sebelum ini, pasangan berkenaan menjadi perhatian selepas Nur Syazwani memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, walaupun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga sejak 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.



