Dunia

Runtuhan salji di Nepal: Tujuh pendaki maut setakat ini 

Sekurang-kurangnya tujuh pendaki termasuk lima warga asing dan dua malim gunung Nepal maut selepas runtuhan salji melanda kem di Gunung Yalung Ri, Nepal.

Insiden berlaku di kawasan kem pada ketinggian 4,900 meter dari paras laut dan turut menyebabkan lima pendaki lain cedera.

Cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat apabila helikopter terpaksa berpatah balik, memaksa pasukan penyelamat bergerak ke lokasi dengan berjalan kaki.

Pihak berkuasa memaklumkan cuaca di pergunungan Nepal semakin merosot sejak minggu lalu dengan beberapa ribut salji dilaporkan di banjaran Himalaya.

Identiti mangsa warga asing masih belum dikenal pasti. Gunung Yalung Ri berketinggian 5,600 meter sering dijadikan lokasi latihan bagi pendaki baharu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker