Malaysia

Sepang berpeluang jadi tuan rumah F1, Bahrain tanggung kos

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berpotensi kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 (F1) musim ini sekiranya Grand Prix (GP) Bahrain dibatalkan susulan situasi keselamatan di Asia Barat.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, Malaysia sedang meneliti cadangan itu bersama pihak berkaitan, dengan semua kos penganjuran akan ditanggung Bahrain dan bukannya kerajaan Malaysia.

Menurutnya, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas semua perbincangan dan penelitian dimuktamadkan, termasuk mendapat kelulusan Formula One Management (FOM) dan FIA.

Jika menjadi kenyataan, ia bakal menandakan kembalinya perlumbaan F1 ke Sepang buat kali pertama sejak kali terakhir menganjurkan Grand Prix Malaysia pada 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker