Dunia

Singapura laksana hukuman rotan bermula esok

Singapura akan mula melaksanakan hukuman rotan terhadap pesalah penipuan bermula esok susulan penguatkuasaan Akta Undang-Undang Jenayah (Pindaan Pelbagai) 2025 yang diluluskan pada November lalu.

Di bawah undang-undang baharu itu, individu yang bertindak sebagai keldai akaun penipuan boleh dikenakan sehingga 12 sebatan, manakala penipu dan ahli sindiket berdepan hukuman rotan mandatori antara enam hingga 24 sebatan.

Langkah tegas itu dilaksanakan kerana kes penipuan kekal sebagai keutamaan nasional, berikutan jumlah kes dan kerugian kewangan yang terus meningkat di republik berkenaan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi sensitif seperti akaun Singpass, akaun bank, maklumat pembayaran dan kad SIM bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh sindiket penipuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker