Malaysia
Suami isteri maut, dua anak cedera selepas MPV dihempap lori

Sepasang suami isteri maut selepas MPV dinaiki dihempap lori di Jalan Yong Peng–Muar, tengah hari Ahad. Lori itu dipercayai hilang kawalan akibat tayar pecah sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Mangsa, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, meninggal dunia di lokasi. Dua anak mereka, berusia 11 dan lapan tahun, cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail.



