Tertinggi dalam sejarah, Johor rekod kutipan hasil RM2.676 bilion pada 2025

Johor mencatat sejarah apabila merekodkan kutipan hasil negeri tertinggi sebanyak RM2.676 bilion bagi tahun 2025, sekali gus mencerminkan pengurusan kewangan yang kukuh dan ekonomi negeri yang kekal berdaya tahan walaupun berdepan cabaran global.
Pencapaian itu dipacu pertumbuhan pelaburan serta pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang menjadi pemangkin utama ekonomi negeri.
Hasil negeri tersebut disalurkan semula kepada rakyat menerusi Bantuan Kasih Johor (BKJ) merangkumi 23 inisiatif, melibatkan ratusan ribu penerima termasuk golongan B40, pelajar, anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan kumpulan rentan.
Kerajaan Negeri Johor menegaskan komitmen untuk terus mengembalikan hasil kepada rakyat, di samping meneruskan agenda pembangunan mampan bagi memastikan manfaat ekonomi dinikmati secara menyeluruh menjelang 2026.




