Malaysia

Tular dakwaan soalan bocor Ujian Bertutur SPM! KPM nafi berlaku kebocoran

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan kononnya berlaku kebocoran soalan bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2025 yang tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati bahan yang tersebar hanyalah senarai tema umum yang memang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), dan bukan soalan sebenar peperiksaan.

KPM menjelaskan bahawa senarai tersebut hanyalah ramalan dikongsi oleh guru dan calon, bukan kebocoran seperti yang ditakrifkan dalam prosedur keselamatan peperiksaan.

Kementerian menegaskan semua kertas peperiksaan disediakan mengikut prosedur keselamatan ketat dan dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Calon SPM dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan maklumat tidak sahih dan terus memberi tumpuan kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker