Malaysia

Tuntutan wang pertunangan dipercayai punca wanita dikerat tujuh, tunang 71 tahun ditahan

Tuntutan pemulangan wang pertunangan dipercayai menjadi punca seorang wanita berusia lingkungan 40-an dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi sekitar Taman Indah Permai, Menggatal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman memaklumkan suspek utama, lelaki tempatan berusia 71 tahun yang juga tunang mangsa, mengaku terbabit dalam kejadian itu.

Siasatan awal mendapati pembunuhan dipercayai berlaku susulan perselisihan faham berkaitan hubungan peribadi serta isu tuntutan wang pertunangan selepas hubungan mereka dipercayai putus.

Polis sebelum itu menerima maklumat saksi yang melihat mangsa berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Suspek berusia 71 tahun ditahan pada jam 8.10 malam di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II, manakala seorang lagi lelaki berusia 19 tahun ditahan pada jam 10.30 malam di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar bagi membantu siasatan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker