Malaysia

Wanita bantu kekasih tekup muka suami ketika tidur demi tuntutan insurans

Seorang wanita ditahan bersama teman lelakinya selepas disyaki bersekongkol cuba membunuh suaminya bagi mendapatkan tuntutan insurans, dalam kejadian di Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru.

Siasatan mendapati lelaki berusia 47 tahun itu diserang ketika tidur apabila suspek lelaki menekup mukanya dengan bantal hingga sesak nafas, manakala isterinya dipercayai memegang kaki mangsa bagi menghalang pergerakan.

Mangsa bagaimanapun berjaya melawan dan melepaskan diri sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

Polis Seri Alam menahan pasangan terbabit pada 22 Disember, sehari selepas kejadian. Siasatan lanjut turut mendedahkan isteri mangsa kerap bertanyakan jumlah dan syarikat insurans yang dicarum suaminya kira-kira seminggu sebelum insiden berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan dan kedua-dua suspek dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker