Malaysia
Wanita dicabul pegawai narkotik di Pasir Mas selepas suami sendiri ditahan kes dadah

Seorang wanita menjadi mangsa cabul kepada seorang pegawai narkotik di dalam sebuah kereta di Pasir Mas minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, wanita itu mendakwa dirinya didakwa selepas bertemu dengan pegawai berkenaan atas urusan suaminya ditahan berkaitan kes dadah,
Katanya, pegawai yang kini dikenakan siasatan berusia 30-an dan mangsa wanita berusia 20-an.
Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.




