19 kali aerotrain KLIA 1 alami gangguan sejak beroperasi 1 Julai lepas, antaranya sebab penumpang sendiri

Sebanyak 19 insiden gangguan melibatkan perkhidmatan aerotrain baharu direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sejak mula beroperasi pada 1 Julai lalu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, punca utama gangguan disebabkan sistem semboyan atau signaling yang masih dalam fasa penyesuaian, selain beberapa insiden disebabkan oleh tindakan penumpang sendiri.
Katanya, ada juga kes kerosakan disebabkan penumpang yang membuka pintu secara paksa.
Sejak 2 Julai hingga 30 September, sebanyak 19 kali insiden berlaku, namun tindakan pembaikan segera telah diambil.
Beliau menambah sistem aerotrain baharu telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 2025 dan kini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun, di mana penambahbaikan berterusan sedang dilaksanakan.


