Dunia

20 tahanan Israel ditukar dengan 2,000 tahanan Palestin

Tentera Hamas dijangka membebaskan 20 tahanan Israel sebagai pertukaran kepada 2,000 tahanan Palestin di penjara Israel dalam tempoh 72 jam selepas pelaksanaan fasa pertama pelan damai Gaza yang dijangka dimeterai hari ini.

Pertukaran itu melibatkan 250 rakyat Palestin yang dipenjara seumur hidup dan 1,700 tahanan lain yang ditahan sejak perang 7 Oktober 2023.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump turut mengesahkan semua tahanan Israel, termasuk mayat yang terkorban, dijangka dibebaskan Isnin depan, sambil memaklumkan bahawa Gaza akan dibina semula dengan bantuan negara jiran yang kaya.

Perjanjian damai tersebut mengandungi 20 perkara utama yang disepakati antara Hamas dan Israel bagi menamatkan perang di Gaza.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker