Malaysia
265 laporan kes buli di sekolah Selangor diterima, kadar keselamatan pada tahap baik

Sebanyak 1,219 aduan salah laku pelajar direkodkan Jabatan Pendidikan Selangor setakat tahun ini, dengan 265 daripadanya melibatkan kes buli.
Namun, pihak berkuasa menegaskan keselamatan di sekolah-sekolah negeri itu kekal pada tahap sangat baik memandangkan jumlah laporan hanya mewakili sebahagian kecil daripada hampir sejuta pelajar di Selangor.
Daripada keseluruhan aduan, 41 kes dibuka kertas siasatan yang mana majoritinya berkaitan kekerasan, manakala selebihnya dikategorikan sebagai buli.
Pihak polis juga meningkatkan rondaan dan pemeriksaan mengejut di kawasan sekolah serta asrama, selain meneruskan penempatan pegawai perhubungan dalam PIBG untuk memperkukuh pencegahan dan respons keselamatan.




