Kerajaan laksana kaedah rakyat isi RON95 berulang kali dalam sehari
Kerajaan akan melaksanakan mekanisme kawalan tambahan bagi memastikan subsidi petrol RON95 bersasar tidak disalah guna, termasuk mengekang individu daripada mengisi minyak berulang kali dalam tempoh sehari.
Langkah itu menyusul selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini untuk rakyat Malaysia melalui program BUDI95.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan sistem itu turut mengambil kira keperluan khas pemandu e-hailing dan p-hailing yang banyak bergantung kepada bahan api.
Mereka dibenarkan membuat permohonan tambahan dengan sokongan dokumen daripada syarikat masing-masing, dan akan disemak melalui rekod penggunaan serta data syarikat.
Amir Hamzah turut memberi jaminan stesen minyak di seluruh negara bersedia untuk pelaksanaan hujung bulan ini, dengan kebanyakan syarikat sudah menguji sistem Outdoor Payment Terminal (OPT) bagi membolehkan subsidi dinikmati terus di pam.




