Hiburan
Bella Astillah belum buat persiapan kahwin, tunggu kes mahkamah Syed Saddiq selesai

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana mahu menunggu keputusan kes rayuan mahkamah yang melibatkan Ahli Parlimen Muar itu terlebih dahulu.
Menurut Bella, mereka juga belum menetapkan tarikh atau lokasi majlis perkahwinan kerana fokus utama ketika ini adalah prosiding mahkamah yang dijadualkan pada 30 Jun.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada konsert Bintang Universe: The Dimension di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Ahad lalu.
Katanya, sebarang perancangan berkaitan perkahwinan hanya akan dibincangkan selepas urusan mahkamah tersebut selesai.




