Misi GSF: 12 rakyat Malaysia ditahan tentera Zionis setakat ini

Empat rakyat Malaysia disahkan dipintas tentera Zionis pagi ini ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio, serta Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad di atas kapal Grande Blu.
Data Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menunjukkan Grande Blu dipintas pada 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala Hio pada 2.34 pagi pada kedudukan sekitar 60 batu nautika dari Gaza.
Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas kapal mereka dipintas, termasuk penyanyi Zizi Kirana di atas kapal Huga, selain beberapa lagi aktivis di kapal Alma dan Sirius.
SNCC memaklumkan sekurang-kurangnya 10 kapal kini berstatus diserang, manakala 13 kapal lain menghantar isyarat kecemasan.



