Malaysia

Lapan ditahan kes culik tiga lelaki, minta wang tebusan RM150,000

Polis Kelantan menahan lapan individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 46 tahun selepas disyaki terbabit dalam kes culik tiga lelaki di Pasir Puteh pada 26 September lalu.

Ketua Polis, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa berusia 20-an diculik dan dikurung selama tiga hari di sebuah rumah di Cherang Ruku sebelum dibebaskan selepas majikan mereka membayar wang tebusan RM29,000 daripada jumlah RM150,000 yang diminta.

Serbuan polis semalam di enam lokasi sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat turut merampas sepucuk revolver, pistol tiruan, tiga kenderaan, 15 telefon bimbit, rantai besi dengan mangga, pakaian suspek, pelitup muka serta pengikat kabel.

Kesemua suspek direman empat hari sehingga 5 Oktober dan disiasat mengikut Seksyen 365 dan 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker