Dunia
Hanya satu kapal GSF masih menuju Gaza, selebihnya dipintas Israel

Daripada 42 kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), hanya kapal Marinette dilaporkan masih meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kapal itu berada kira-kira 80 batu nautika dari destinasi malam tadi, namun tiada aktivis Malaysia di atasnya.
Sebanyak 450 aktivis dari 47 negara, termasuk Malaysia, Sepanyol, Itali, Turkiye, Brazil, Greece, Jerman, Sweden, Britain dan Perancis telah dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod selepas flotila dipintas tentera Israel.
Kementerian Luar Israel memaklumkan kesemua aktivis terbabit akan dideportasi ke Eropah dalam tempoh terdekat.




