Dunia
Lebih 6,400 murid jatuh sakit, NGO gesa gantung program makanan percuma

Program makanan percuma di sekolah di Indonesia didesak supaya digantung selepas ribuan murid jatuh sakit akibat makanan yang disediakan.
Desakan itu timbul selepas Badan Gizi Nasional (BGN) yang bertanggungjawab ke atas inisiatif itu melaporkan lebih 6,400 murid terjejas sejak program dilancarkan Januari lalu.
BGN mengesahkan 70 kes keracunan makanan dilaporkan dengan kebanyakannya di dapur baharu yang dikendalikan tukang masak tanpa pengalaman.
Sejak April hingga bulan lalu, jumlah dapur pengeluaran meningkat daripada 1,000 kepada lebih 9,600, manakala bilangan penerima manfaat naik daripada tiga juta kepada 31 juta orang.




