Malaysia

Isu jemput Trump ke ASEAN, Alamin tegaskan jangan ‘lebih Hamas dari Hamas’

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menegaskan pendirian Malaysia dalam menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah berdasarkan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, bukan kompromi terhadap isu Palestin.

Beliau mengingatkan agar pemimpin politik tidak bersikap ekstrem melebihi pihak yang terlibat sendiri, sebaliknya memahami realiti diplomasi dan kepentingan strategik.

Mohamad juga menyatakan bahawa Hamas sendiri menerima pelan 20 perkara yang dibawa Trump berhubung Gaza, maka Malaysia tidak wajar menolak sebarang ruang rundingan yang boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh usaha damai.

Katanya, kedudukan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap isu Palestin tidak berubah.

Tegasnya, jangan bertindak melebihi pihak yang diperjuangkan, sebaliknya gunakan saluran diplomasi untuk hasil yang lebih besar kepada Palestin dan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker