Malaysia
Sidang Kemuncak ASEAN: 72 sekolah laksana PdPR bermula 27 Okt

Sebanyak 72 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan beralih kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua hari bermula 27 Oktober.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, langkah ini diambil bagi memberi laluan kepada penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang menghimpunkan pemimpin tertinggi dunia.
Tiada penutupan sekolah fizikal diumumkan, sebaliknya sesi pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
Sidang kemuncak bermula 26 Oktober dijangka menjadi antara yang terbesar, dengan kehadiran tokoh antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping serta pemimpin negara ASEAN dan rakan dialog.




