Malaysia

Lingeshwaran sambut baik kenaikan ETAP, berterima kasih kepada PM

Ahli Dewan Negara, Senator Dr R.A Lingeshwaran menyambut baik pengumuman Belanjawan MADANI 2026 yang memperuntukkan pelbagai insentif untuk warga kesihatan, khususnya kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) sehingga 40 peratus bermula 1 Oktober 2025.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesediaan mendengar keluhan petugas kesihatan, termasuk doktor kontrak dan pengamal perubatan swasta.

Kadar ETAP yang tidak disemak sejak 2011 kini dinaikkan dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun, antaranya melibatkan kenaikan bayaran atas panggilan aktif doktor pakar pada hari cuti daripada RM250 kepada RM350.

Selain itu, kerajaan turut meluluskan 4,500 lantikan tetap baharu bagi doktor kontrak dan menawarkan 935 jawatan tetap kepada graduan jururawat mulai tahun depan, selain menyemak semula kadar fi perundingan doktor klinik swasta daripada RM10–RM35 kepada RM10–RM80.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker