Malaysia
Kes tikam pelajar: Polis siasat dakwaan cinta suspek ditolak
Polis menyiasat dakwaan tular bahawa pelajar lelaki tingkatan dua yang menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya bertindak demikian selepas luahan perasaannya ditolak mangsa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan dakwaan itu tersebar di media sosial dan termasuk dalam siasatan.
Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan semua maklumat akan diteliti terlebih dahulu.
Terdahulu, media melaporkan suspek berusia 14 tahun menikam beberapa kali pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah tandas sekolah sehingga maut.




