Malaysia

Banjir di Perak: 1,776 mangsa ditempatkan di PPS

Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Ia bagi menempatkan 1,776 mangsa daripada 609 keluarga setakat 4 pagi Jumaat.

Larut, Matang dan Selama merekodkan jumlah mangsa paling ramai apabila 1,413 individu (502 keluarga) ditempatkan di 20 buah PPS.

Antara lokasi terjejas di daerah LMS ialah Kampung Simpang Halt, Batu 8, Ulu Sepetang, Matang Gelugor, Matang dan Changkat Jering.

PPS yang dibuka di daerah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, Masjid Alwusta Batu 8, Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang serta SK Bukit Jana.

Laporan turut menyebut beberapa PPS di kedua-dua daerah masih dalam proses pendaftaran mangsa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker