Malaysia

Trump tiba di KLIA pagi Ahad untuk Sidang Kemuncak ASEAN

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan berlepas dari Washington pada malam Sabtu dan tiba di Malaysia pagi Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Semasa di Kuala Lumpur, Trump akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah petang sebelum menyertai Majlis Makan Malam Pemimpin ASEAN.

Jadual lawatan seterusnya membawa beliau ke Tokyo pada pagi Isnin untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, sebelum berangkat ke Busan pada Rabu bagi bertemu Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung.

Trump turut dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping pada Khamis sebelum kembali ke Washington.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker