Bermula 2026, sesi persekolahan kembali bermula seawal Januari – KPM

Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan (KPM) akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri Kumpulan A.
Ia sekali gus menyaksikan sesi persekolahan bagi tahun depan kembali kepada bulan Januari berbanding Februari seperti sebelum ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi negeri Kumpulan B iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, sesi persekolahan akan bermula 12 Januari hingga 31 Disember.
Langkah mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.
Kata Fadhlina, ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.




