Malaysia

Isu tidak berdaftar: 80 murid sekolah al-Afsari dibenar duduki UPKK

Isu pendaftaran 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari, Saujana Putra, bagi menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 selesai selepas semua murid dibenarkan mengambil peperiksaan seperti calon lain di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, dan Exco Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, memaklumkan penyelesaian dicapai hasil semakan serta perbincangan antara JAKIM, JAIS dan pihak sekolah bagi memastikan hak pelajar tidak terjejas.

JAIS memberi kebenaran khas kepada semua murid terbabit dengan pendaftaran akan dilakukan melalui Sistem Pendaftaran Calon UPKK.

JAKIM dan JAIS turut akan memantau pelaksanaan peperiksaan bagi memastikan ia berjalan mengikut prosedur ditetapkan. Sebelum ini, JAKIM mengesahkan sekolah berkenaan beroperasi tanpa pendaftaran serta kebenaran sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker