Malaysia

Ada sejuta kanak-kanak main Roblox, KBS gesa platform itu tingkat keselamatan pengguna muda

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, menggesa Roblox Corporation mempertingkatkan keselamatan pengguna muda di platform permainan dalam talian susulan kebimbangan insiden yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Dalam pertemuan dengan Roblox pada 28 Oktober, didedahkan platform itu mempunyai lebih 100 juta pengguna global, termasuk lebih satu juta di Malaysia.

Hannah Yeoh menekankan risiko pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, interaksi tanpa kawalan, serta aktiviti dalam talian yang boleh menjejaskan pembentukan nilai dan emosi pelajar.

Roblox bersetuju meningkatkan ciri keselamatan menggunakan teknologi kecerdasan buatan dan pemantauan manusia, serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia.

Ini bagi perkongsian data, pemantauan aktiviti, dan pematuhan peraturan tempatan, bagi memastikan dunia digital yang menyeronokkan tetap membina karakter dan nilai positif untuk generasi muda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker