Malaysia

AGM MIC Sabtu ini bakal tentu halatuju baharu parti

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kongres India Malaysia (MIC) yang akan berlangsung Sabtu ini dijangka menjadi detik paling penting dalam sejarah terkini parti itu, apabila buat pertama kali dalam lebih tujuh dekad, kedudukannya bersama Barisan Nasional (BN) mungkin berubah.

Perhimpunan di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam itu dijangka menjadi pentas untuk menentukan sama ada MIC akan terus kekal dalam BN atau memilih haluan baharu dalam landskap politik negara.

Penganalisis politik berpendapat, MIC kini berada di persimpangan utama, sama ada kekal bersama BN, menyertai Perikatan Nasional (PN), atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Setiap pilihan dilihat membawa risiko dan implikasi politik tersendiri terhadap kedudukan serta sokongan pengundi India.

Keputusan yang akan dibuat pada AGM kali ini bukan sahaja bakal menentukan masa depan MIC, tetapi juga mencorakkan semula hubungan parti itu dengan gabungan politik utama negara serta arah baharu politik masyarakat India di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker