Malaysia
Tiada bukti kukuh kes kematian wanita Taiwan, Namewee bebas dengan jaminan polis

Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada bukti menunjukkan penyanyi dan pengarah kontroversi, Namewee, terlibat dalam kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin, yang ditemui mati di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata Namewee, 42, akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis selepas pihaknya meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan tindakan susulan akan diambil sekiranya terdapat penemuan baharu.
Namewee direman sejak 5 November bagi membantu siasatan selepas didapati individu terakhir bersama mangsa sebelum kejadian.




