Malaysia

13 individu ditahan di hadapan Istana Negeri Kubang Kerian, 5 positif dadah

Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita selepas mereka berhimpun di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian, dengan alasan mahu menyerahkan barangan lama kepada pihak istana.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ujian awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Antara barangan yang dirampas termasuk senjata tajam seperti keris, lembing, pedang, kelewang dan benet, selain tongkat, teko tembaga, duit syiling lama serta kain songket kuning.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 67 tahun, termasuk tiga Orang Asli, direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker