Malaysia

Kelantan paling teruk terjejas banjir, hampir cecah 10,000 mangsa

Seramai 18,503 mangsa banjir direkodkan di Semenanjung Malaysia setakat 9 pagi tadi, dengan Kelantan kekal paling teruk terjejas.

Seramai 9,939 mangsa banjir ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Keadaan juga bertambah buruk di Selangor dengan 2,707 penduduk terpaksa dipindahkan ke 19 PPS di Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

Seramai 2,622 mangsa banjir berlindung di 29 PPS di Perak, Kedah (1,659 mangsa banjir di 13 PPS), Perlis (1,129 di 12 PPS), Pulau Pinang (336 di 4 PPS), Terengganu (87 di 1 PPS) dan Pahang (22 di 1 PPS).

Di Brickfields pula, dua orang dipindahkan ke sebuah PPS susulan tanah runtuh akibat hujan lebat semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker