Malaysia

‘Bibik’ dibayar gaji RM600 selama 16 tahun diselamatkan imigresen

Seorang wanita Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai pembantu rumah tanpa dokumen selama hampir 16 tahun diselamatkan dalam operasi Jabatan Imigresen di Batu Caves.

Mangsa ditemui bersembunyi di bawah sebuah kenderaan selepas diarahkan majikan supaya tidak dikesan pihak berkuasa.

Siasatan mendapati mangsa hanya dijanjikan gaji RM600 sebulan tetapi tidak menerima bayaran sejak dua tahun lalu.

Sepanjang tempoh bekerja, dia didakwa dipaksa bekerja tanpa rehat, tidak dibenar memegang pasport atau telefon, selain berdepan tekanan fizikal dan emosi.

Majikan warga tempatan berusia 51 tahun ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Akta ATIPSOM 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga seumur hidup serta sebatan bagi kesalahan lebih berat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker