Malaysia
Polis kesan dua kereta halang ambulans di Kesas

Polis sedang menyiasat insiden dua kenderaan di Lebuhraya Kesas yang didakwa tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans walaupun siren telah dibunyikan.
Menurut polis Subang Jaya, laporan dibuat selepas rakaman kejadian tular di media sosial.
Kejadian berlaku sekitar 1.30 tengah hari semalam ketika ambulans bergegas ke Hospital Pakar Sentosa, Klang, untuk mengambil pesakit demam panas.
Dua kenderaan di laluan kanan dikatakan tidak membuka ruang untuk ambulans melepasi mereka, namun pemandu ambulans gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan terlibat.
Polis kini meneruskan siasatan berhubung insiden tersebut.




