HiburanMalaysia

Erra Fazira, Ezwan Zain selamat bergelar suami isteri

Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira memulakan lembaran baharu dalam hidupnya selepas selamat dinikahkan dengan Ezwan Zain pada majlis akad nikah pagi ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu berlangsung sederhana namun meriah, disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Sebagai mas kahwin, Erra menerima sepohon bunga emas seberat 102 gram bersama beberapa hantaran lain seperti persalinan emas, tas tangan, jam tangan dan kasut.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Erra dan Ezwan tampil sedondon dalam busana biru cair rekaan Rizman Ruzaini, melengkapkan suasana istimewa hari pernikahan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker