Malaysia

Dua lelaki bergaduh sampai keluar kayu hoki direman polis

Dua lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan insiden pertengkaran di tepi Jalan Sungai Derhaka, Seberang Perai Tengah, yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris, kejadian berlaku pada 25 Disember lalu akibat salah faham antara dua pemandu berusia 27 dan 44 tahun.

Dalam insiden itu, seorang lelaki bertindak agresif dengan memegang kayu hoki, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Polis mengesan video berdurasi 37 saat berkenaan yang memaparkan pertengkaran antara pemandu Proton Exora dan Perodua Myvi, dipercayai berpunca daripada pusingan U secara mengejut.

Kedua-dua individu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker