DuniaTeknologi

Elak meletup, China cipta EV boleh lontar bateri keluar kereta sebagai piawaian 2026

China kini memperkenalkan teknologi baharu untuk kenderaan elektrik (EV) yang membolehkan bateri dilontar keluar apabila berlaku kemalangan, bagi mengurangkan risiko kebakaran dan letupan.

Bateri EV diketahui sebagai komponen paling berisiko, dan piawaian keselamatan baharu “tiada api, tiada letupan” diluluskan oleh Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran pada 26 Disember 2025.

Piawaian ini akan berkuat kuasa Julai 2026 untuk EV baharu, manakala kenderaan lama mengikuti tempoh peralihan sehingga Julai 2027.

Selain sistem lontar bateri, arahan baharu juga mewajibkan pintu mekanikal di luar dan dalam EV, menggantikan sistem elektrik yang pernah menghalang mangsa kemalangan daripada keluar.

Langkah ini sebahagian daripada pelan China untuk menaik taraf standard industri dan keselamatan pengguna, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kebakaran EV pada masa depan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker