Malaysia

Pemandu Bezza langgar lari motosikal di lampu isyarat ditahan polis

Seorang pemandu ditahan selepas didapati merempuh sebuah motosikal ketika lampu isyarat merah di kawasan Masjid Aman, Kota Setar, dalam kejadian pada Isnin.

Penahanan dibuat sekitar jam 6.45 petang susulan siasatan polis berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 24 saat yang dimuat naik akaun TikTok ‘Din Teknik’ itu dipercayai memaparkan kejadian berlaku pada 29 Disember 2025, kira-kira jam 2.38 petang.

Siasatan awal mendapati pemandu terbabit gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar motosikal di hadapannya, menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker