Malaysia

Kerajaan dijangka peroleh semua RM5 bilion dana 1MDB

Kerajaan dijangka memperoleh semula kira-kira RM5 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui rundingan pemulihan dengan beberapa individu yang dikenal pasti terbabit dalam penyelewengan.

Ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid serta ahli keluarga Low Taek Jho.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan usaha pemulihan sedang dijalankan dengan kerjasama beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam pada itu, ia termasuk usaha mendapatkan semula kira-kira RM600 juta daripada Tarek dan dana dalam akaun milik keluarga Jho Low.

Daripada keseluruhan RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng, sebanyak RM31.19 bilion telah berjaya dipulihkan setakat ini.

Manakala baki kira-kira RM12 bilion masih dalam proses pemulihan, dengan sebahagian besar dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker