
Banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat di Seksyen 10, Petaling Jaya akhirnya terjual pada harga RM3.73 juta selepas beberapa kali gagal dilelong.
Hartananah dua tingkat itu dibida oleh seorang daripada empat pembida dalam proses lelongan terbaharu, selepas harga rizabnya diturunkan berperingkat sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini, banglo berkenaan pernah ditawarkan pada harga RM9.5 juta, kemudian RM7 juta dan seterusnya RM6.5 juta, namun tidak mendapat pembeli.
Banglo tersebut asalnya milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin sebelum dibeli Nur Sajat pada 2017 dengan harga RM7.5 juta.



