Malaysia
Bayi lelaki tiga bulan patah tulang paha selepas diabai di rumah pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang belum mampu meluahkan perasaan dan hanya mampu menangis, menanggung kesakitan selepas diabai ketika ditempatkan bersama pengasuh di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 petang itu, mangsa mengalami bengkak pada bahagian paha kiri.
Bayi berkenaan mengalami bengkak pada paha kiri sebaik dibawa pulang sebelum ibu bapanya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan di Hospital Ampang mengesahkan mangsa mengalami patah tulang paha kiri.
Laporan dibuat oleh pegawai perubatan yang merawat bayi tersebut dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.




